Tuesday, September 20, 2011

Kesan Kemudaratan Toksin Terhadap Tubuh Badan Manusia

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit.

Berikut adalah diantara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah :

1. Penyakit Kulit
Berpunca apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit.Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibtakan penyakit seperti jerawat,fungus.dan lain-lain.

2. Tumor
Berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan

3. Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

4. Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
Toksin yang melekat di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung untuk bekerja dgn lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endokrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi.

Lain-lain penyakit yang disebabkan kehadiran toksin berlebihan di dalam tubuh badan kita ialah :
  • Alergi
  • Asma
  • Pundi hempedu dan Karang
  • Pengerasan Saluran Darah
  • Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang
  • Sembelit
  • Perut Kembung
  • Barah Payudara
  • Kemerosotan Daya Seksual.

No comments:

Post a Comment