Teknik ini amat berguna kalau kita nak print 'apa saja' file kita kepada format PDF. Kalau microsoft latest version (microsoft office 2010) kalau tak silap kami dah ada print file ke bentuk PDF ni. Tapi untuk print direct; sebagai contoh skrin browser, bukti pembayaran online dan lain-lain, teknik ni amat berguna. Anda boleh guna cara lain, iaitu dengan cara print-screen dan masukkan ke dalam microsoft word, lepas tu baru print ke dalam format PDF - tapi teknik itu banyak kerja - agak tidak 'hensem' bagi kami. Tambahan pula saiz file tersebut menjadi besar kerana memasukkan imej/gambar ke dalam microsoft word.
Oleh itu, untuk sesiapa yang ingin nampak 'hensem' dalam berurusan dengan kami di blog ini, kami rekemen anda gunakan teknik ni untuk hantar bukti pembayaran kepada kami dalam bentuk PDF - menggunakan aplikasi cutePDF.
Jom kami tunjukkan caranya.
1. Download 2 file berikutdari laman web cutePDF
- Converter - sebagai 'enjin' utama untuk menukar format fail. Muat turun di sini - FREE Converter
- CuteWriter - program utama untuk teknik mudah ini. Muat turun di sini - FREE CuteWriter
3. Selepas proses installation selesai, anda boleh cetak APA SAJA - text file, gambar, cetak buti pembayaran online dan lain-lain menggunakan aplikasi ini..
4. Untuk mencetak, anda cuma perlu pilih menu print pada mana-mana program yang berkaitan. Satu tetingkap 'Print' akan dipaparkan dan 'CutePDF writer' akan disenaraikan sebagai 'pencetak baru' (rujuk gambar di bawah). Pilih 'CutePDF writer' untuk mencetak dokumen tesebut.

5. Tetingkap 'Save As' akan dipaparkan untuk anda 'menamakan' fail PDF anda (rujuk gambar di bawah). TIPS - berikan nama yang meaningful untuk memudahkan anda mencari semula fail tersebut nanti apabila diperlukan. (Cth : Saya membuat bayaran bil elektrik online pada bulan 05 Mei 2010. Saya akan namakan file tersbut sebagai "TNBPmt20100505.pdf" - hanya contoh. mungkin anda ada naming convention anda sendiri)

Teknik mudah. Memang mudah untuk orang yang sudah biasa dengan hal-hal teknikal ini, tapi masih ramai yang tercari-cari caranya.
Teknik mudah yang telah saya sediakan ialah satu teknik yang memberikan hasil asas atau proses conversion yang straight forward. Untuk hasil yang lebih advance seperti reverse conversion (menukarkan fail format PDF kepada format lain, menambahkan sekuriti fail dengan meletakkan password / katalaluan untuk fail PDF anda dll.) , anda perlu membeli versi Professional melalui laman web rasmi cutePDF.
Anda juga boleh menggunakan program-program lain seperti NitroPDF crack version untuk hasil yang lebih advance dari CutePDF FREE Version. Sila request dan tinggalkan email anda pada ruangan komen untuk mendapatkan NitroPDF crack version dari saya.
No comments:
Post a Comment